Banjir di Perlis beransur pulih - Utusan Malaysia

Banjir di Perlis beransur pulih

AZMAN Mohd. Yusof (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Alor Setar, Pauh, Arau, Perlis, hari ini. - UTUSAN/ NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Banjir yang melanda beberapa temat di negeri ini sejak semalam beransur pulih apabila tujuh mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara dibenarkan pulang hari ini.

Pengerusi Jawatan kuasa Bencana Alam negeri, Azman Mohd Yusof berkata, tindakan awal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri yang melakukan kerja-kerja pengorekan di kawasan tersumbat di tempat-tempat rendah berjaya mengawal keadaam daripada bertambah buruk.

Katanya, JPS telah mengambil tindakan untuk memastikan sistem saliran serta tebatan banjir dapat digunakan.

“Sistem saliran dan tebatan banjir yang berfungsi dengan baik, turut membantu dalam memulihkan keadaan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan beberapa kawasan rendah sekitar negeri ini termasuk Ulu Pauh, Gua Kelam dan Wang Kelian dinaiki air.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohammad Hazam Ismail memberitahu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kampung Alor Setar, Pauh yang menempatkan tujuh mangsa membabitkan dua keluarga ditutup hari ini.

PENGERUSI Jawatan kuasa Bencana Alam Negeri, Azman Mohd Yusof (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir yang berpindah ke Dewan Orang Ramai Kampung Alor Setar, Pauh, Arau, Perlis.- UTUSAN/ NAZLINA NADZARI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya