APM tangkap ular tedung seberat 20 kilogram - Utusan Malaysia

APM tangkap ular tedung seberat 20 kilogram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertindak memecah siling sebuah rumah penduduk bagi menangkap seekor ular tedung yang bersembunyi  di sebuah kediaman di Kampung Seri Kulim, dekat sini, malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Leftenan Pertahanan Awam Mohd Safiyan Ibrahim berkata, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 8 malam.

Menurutnya, sebaik tiba, pasukannya meninjau dan melakukan pemeriksaan di bahagian siling, luar rumah berkenaan.

“Pasukan Skuad Charlie diketuai Muhammad Afiq Abdullah bersama empat anggota kemudian bertindak memecahkan siling tersebut.

“Ketika itu kelibat sang tedung berukuran 20 kilogram (kg) yang panjangnya empat meter berjaya ditangkap dengan pantas dengan cara mengepit bahagian tengah badan dan menarik turun serta menjerut kepala ular itu,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, ular tersebut dibawa pulang untuk dimasukkan ke dalam sangkar sementara.

Katanya, selain itu sekeluarga yang mendiami rumah berkenaan turut mengadu pernah dimasuki biawak.

“Kita ingin menasihatkan penghuni rumah supaya lebih berhati-hati dengan haiwan berbisa itu dan diminta supaya menghubungi segera kepada pihak berkenaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya