KUALA LUMPUR: Kenyataan Pas untuk terus bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menimbulkan persoalan sejauh mana hubungan kerjasamanya dalam Muafakat Nasional (MN) bersama UMNO yang mengambil pendekatan berbeza. Selepas beberapa hari mendiamkan diri, sekutu UMNO dalam MN itu menyifatkan kerajaan PN sekarang perlu diperkasakan dalam usaha untuk menstabilkan negara yang rakyat dan ekonomi sangat terkesan dengan penularan Covid-19. Malah, pemimpin Pas menyifatkan kepemimpinan MN mahupun PN perlu melakukan sedikit pengorbanan untuk kepentingan bersama dan demi perpaduan Islam. Pendirian yang diambil Pas ternyata…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya