Anggota tentera maut, isteri patah bahu nahas kereta, lori - Utusan Malaysia

Anggota tentera maut, isteri patah bahu nahas kereta, lori

ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 16, Jalan Raya Timur-Barat Fasa 2, Gerik-Kupang di Gerik hari ini. - GAMBAR IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GERIK: Anggota tentera maut manakala isterinya cedera setelah kereta dinaiki mereka bertembung sebuah lori di Kilometer 16, Jalan Raya Timur-Barat Fasa 2, Gerik-Kupang di sini hari ini.

Nahas pada pukul 5 pagi itu mengorbankan Lans Koperal Muhammad Azizi Ahmad, 25, di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan berlaku ketika pasangan suami isteri itu dalam perjalanan dari arah Kulim menghala ke Gerik.

Katanya, semasa tiba di tempat kejadian, kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa telah bertembung dengan lori membawa muatan generator.

“Pelanggaran itu menyebabkan Muhammad Azizi cedera parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian manakala isterinya pula patah bahu.

“Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 35 dan 37 tahun dari Terengganu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala isterinya yang cedera dirujuk ke Hospital Taiping dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya