Anggap diri ‘malaikat’ bunuh bayi - Utusan Malaysia

Anggap diri ‘malaikat’ bunuh bayi

SHAFIEN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Bapa kandung yang membunuh bayinya semalam mendakwa dirinya ‘malaikat’ dan seolah-olah disuruh melakukan perbuatan itu di Kampung Sungai Dua, Bachok, semalam.

Berikutan itu, polis tidak menolak kemungkinan suspek mengamalkan ajaran sesat dan  membunuh.

Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya juga masih menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut dan sedang mengumpul bukti.

“Suspek berusia 40 tahun direman bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala isterinya berusia 32 tahun kini mendapat pemeriksaan lanjut di Hospital Raja Perempuan II (HRPZ II) akibat trauma.

“Selepas reman selesai, suspek juga perlu melakukan pemeriksaan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Kelantan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan dan Komuniti  (JPJKK) Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar dengan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan Asisten Komisioner Mit Emong.

Shafien  berkata, hasil bedah siasat terhadap bayi berusia lapan bulan itu turut menemukan bukti iaitu mempunyai kesan hentakan kuat di kepala.

Akhbar ini hari ini melaporkan seorang bayi lelaki ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah guni dengan seluruh tubuh dilumur garam kasar dipercayai dibunuh bapa kandungnya sendiri di Kampung Sungai Dua, Bachok.

Mayat bayi, Wan Mohamad Afiq Zafwan Wan Roslan yang berusia lapan bulan turut mengalami kesan menggelupas pada kulit leher kiri dan kanan serta lebam pada badan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya