JOHOR BAHRU: Para penduduk Taman Pulai Utama, Skudai di sini hari ini digemparkan dengan kehadiran seekor anak buaya sepanjang kira-kira satu meter di hadapan sebuah rumah penduduk.
Komander Operasi Bomba, Penguasa Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan hidupan liar itu itu pada pukul 7.22 pagi.
Katanya, sejurus menerima laporan tersebut, dua tentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Skudai dengan kekuatan lapan orang anggota telah dikejarkan ke tempat kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba menemukan seekor anak buaya berukuran satu meter panjang dan berat dianggarkan lima kilogram.
“Anak buaya itu berjaya ditangkap oleh pihak bomba dengan bantuan orang awam dalam tempoh kira-kira 10 minit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Reptilia tersebut telah diserahkan kepada pihak Jabatan Pelindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. -UTUSAN