AMLA: Empat lagi individu dibebaskan - Utusan Malaysia

AMLA: Empat lagi individu dibebaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Empat lagi individu yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kelmarin dan Jumaat lalu bagi membantu siasatan membabitkan kes pengubahan dibebaskan hari ini.

Bagaimanapun dua lagi yang merupakan ahli perniagaan dipercayai bergelar ‘Datuk’ masih disambung reman. 

Difahamkan, kesemua suspek yang direman lima hari bermula pada Jumaat lalu dan berakhir hari ini.

“SPRM masih menahan dua lagi individu dan siasatan masih berjalan setakat ini.

“Dalam pada itu, SPRM masih mengumpul bukti sama penglibatan penguatkuasa melindungi kegiatan mereka dan tidak menolak kemungkinan akan ambil tindakan dalam masa terdekat ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sumber mendedahkan, mereka yang ditahan antara salah satu sindiket Macau Scam dan perjudian online di negara ini.

“Ini satu sindiket yang berjaya dikenal pasti dan tidak tolak kemungkinan  ada sindiket lain lagi,” jelasnya.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, pihaknya sedia bekerja dengan SPRM sekiranya benar dakwaan kegiatan pengubahan wang haram itu dilindungi pegawai atasannya.

“Kita mengalu-alukan apa juga tindakan yang bakal SPRM ambil dan saya sama sekali tidak akan sesekali berkompromi  dengan kes rasuah dan penyelewengan membabitkan pegawai dan anggota PDRM,” tegasnya.

Utusan Malaysia semalam mendedahkan, SPRM telah menyita 750 akaun bernilai RM75 juta milik ahli sindiket yang ditahan termasuk selebriti.

Sindiket penipuan dan judi online terbabit dikatakan bergerak aktif yang  sejak lima tahun lalu.

Dalam pada itu, sebanyak 24 kenderaan mewah milik kesemua suspek turut disita.

Utusan Malaysia turut mendedahkan sejumlah wang tunai RM5 juta yang disimpan di dalam peti besi di kediaman salah seorang suspek dipercayai hasil aktiviti haram turut ditemukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya