AMK buat laporan terhadap Muhyiddin - Utusan Malaysia

AMK buat laporan terhadap Muhyiddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan sogokan jawatan kepada Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaliegh Hamzah.

Ketua AMK negeri, R. Yuneswaran berkata, laporan polis itu dibuat berasaskan pendedahan yang dibuat Tengku Razaliegh menerusi media sosialnya yang mendapat reaksi pelbagai pihak.

“Kami mendapati perkara ini telah menimbulkan soal integriti seorang pemimpin utama negara dan tindakan ini juga melanggar perlembagaan dan undang-undang.

“Oleh demikian, kami telah membuat laporan polis ke atas Muhyiddin bagi pihak berkuasa untuk menyiasat tindakan yang didapati berunsur sogokan politik demi kepentingan kekal berkuasa.

“Dakwaan ini datang daripada Ahli Parlimen kerajaan sendiri yang juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO. Jika mereka boleh membangkitkannya, apatah lagi pihak pembangkang,” katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini hari ini.

Menerusi pendedahan yang dibuat Tengku Razaleigh pada Rabu lalu, beliau memaparkan surat berkenaan yang menyatakan usul undi tidak percaya dan juga menyebut bahawa beliau telah ditawarkan jawatan Penasihat Petronas daripada Perdana Menteri.

Dalam surat itu, Tengku Razaleigh turut mendakwa Muhyiddin telah menawarkan jawatan penasihat Petronas kepadanya, tetapi dia menolaknya.

Pendedahan itu dilakukan sehari selepas Ahli Parlimen Gua Musang itu dipanggil mengadap Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Yuneswaran memberitahu, laporan polis yang sama turut dibuat di Melaka pada hari ini. – 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya