MARAN: Sebuah al-Quran tulisan tangan berusia lebih 200 tahun milik seorang ulama dikenali Lebai Din menjadi koleksi terbaharu Galeri Waris Ulama Awla Pondok Raudhah Al-Muhibbin atau Pondok Pok Kob, Kampung Pantai Chenor di sini. Pembantu Mudir Madrasah Pak Kob, Barkatullah Mohd. Bahari, 38, berkata, al-Quran itu unik kerana penulisnya dicatat di muka hadapan kitab suci itu. Menurutnya, menerusi catatannya, al-Quran itu mula ditulis pada 10 Muharam 1229 Hijrah dan siap sepenuhnya pada 10 Syawal, mengambil masa lapan bulan untuk disiapkan ulama berkenaan. “Al-Quran ini diamanahkan oleh warisnya dua minggu lalu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya