AirAsia tidak jual data peribadi - Utusan Malaysia

AirAsia tidak jual data peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kumpulan AirAsia Berhad (AirAsia) tidak melakukan penjualan data peribadi melibatkan pelanggan-pelanggan syarikat penerbangan itu kepada sebuah firma Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu disahkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia setelah AirAsia diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

“Pihak Jabatan mengambil maklum tiada isu ketirisan dan penjualan data peribadi yang berlaku serta berpuas hati dengan penjelasan AirAsia berkaitan isu tersebut.

“JPDP menegaskan perbuatan penjualan data peribadi adalah satu kesalahan di bawah seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709],” katanya dalam kenyataan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya