Ahli politik Melayu hentikan perbalahan - Utusan Malaysia

Ahli politik Melayu hentikan perbalahan

Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor meminta ahli politik supaya tidak bertelagah sesama sendiri untuk merebut kuasa dan mementingkan nasib rakyat yang kini susah kerana Covid-19. -UTUSAN MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT : Semua ahli politik Melayu digesa untuk berhenti bertelagah sesama sendiri untuk merebut kuasa dan melihat nasib rakyat yang kini susah dibelenggu pandemik Covid-19.

Gesaan itu dibuat Pertubuhan Warisan Melayu Negeri Johor (Warisan) yang menegaskan mereka perlu bermuhasabah dengan gelagat sikap masing-masing.

Presiden Warisan, Datuk Rahman Mohd Yunos berkata, ahli politik berkenaan sepatutnya mempunyai sikap malu kerana cuba mengheret Raja-Raja Melayu ke kancah politik dan ia dilihat sebagai tindakan biadab kepada institusi beraja.

“Kami ingin menyatakan keresahan dan kebimbangan rakyat dengan suasana politik di tanah air kita pada ketika ini. 

“Warisan terpanggil hari ini untuk menyeru semua ahli dan parti politik Melayu supaya mengenetepikan fahaman dan ideologi politik masing-masing,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Rahman menegaskan, ramai rakyat sekarang terkesan dengan kehilangan punca pendapatan, kehilangan pekerjaan dan rakyat mula menderita akibat kesan Covid-19.

“Apa yang menjadi keutamaan pada ketika ini adalah isu keselamatan, kesihatan dan ekonomi rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Ghafar Baba berharap semua parti politik bersama berganding bahu menangani masalah ekonomi tanah air.

“Mari kita tumpukan masalah ekonomi rakyat dan pandemik Covid-19 agar hidup rakyat terjamin,” katanya. -UTUSAN  ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya