ADUN Bukit Kepayang dipilih pimpin Wanita PH NS - Utusan Malaysia

ADUN Bukit Kepayang dipilih pimpin Wanita PH NS

NICOLE Tan Lee Koon (duduk, tengah) dipilih sebagai Ketua Wanita PH Negeri Sembilan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita PH Negeri Sembilan Kali Keempat yang diadakan di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon dipilih sebagai Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan yang baharu.

Pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Wanita PH Negeri Sembilan Kali Keempat yang diadakan di sini semalam, Nicole yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang dipilih bagi menggantikan Norwani Ahmat yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Negeri Sembilan.

Ketua Penerangan Wanita PH Negeri Sembilan, Noraini Nordin berkata, Nicole mengetuai Wanita PH Negeri adalah bagi memastikan gerak kerja wanita yang dirancang khasnya di bawah ‘Power House Wanita Gemilang (PH GEM) dapat diselaraskan secara lebih tersusun dan menyeluruh ke setiap daerah di negeri ini.

“Misi dan visi memperkasakan wanita negeri amat relevan seiring dengan tanggung jawab Nicole sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan.

“Pengstrukturan semula Majlis Pimpinan Wanita PH Negeri Sembilan bagi tahun 2020 ini juga turut menampilkan Ketua Wanita Keadilan Negeri Sembilan, Amni Idris sebagai Timbalan Ketua Wanita dan Norwani menyandang jawatan yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Nicole yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan berkata, beliau bertekad untuk memikul amanah yang diberikan tersebut dengan sebaiknya.

“Peranan wanita wajar diperhebatkan lagi sejajar dengan usaha untuk memartabatkan golongan ini dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, budaya, sosial dan politik,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya