‘Abah’, usah pilih kasih - Raja Bahrin - Utusan Malaysia

‘Abah’, usah pilih kasih – Raja Bahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin digesa tidak bersikap pilih kasih dalam pelaksanaan hukuman kepada mana-mana individu yang terus ingkar dan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dilaksanakan pada masa ini.

Pengerusi  Parti Amanah Negara (Amanah) negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, hukuman sama rata perlu dikenakan bukan hanya kepada rakyat, bahkan dalam kalangan menteri.

“Kalau abah hendak merotan rakyat seperti yang disebut Perdana Menteri dalam ucapannya, hendaklah berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman. 

“Jangan pula anak emas yang bergelar Menteri diberi layanan istimewa manakala anak-anak lain dikenakan hukuman keras, rakyat sentiasa memerhati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Tan Sri Muhyiddin dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook menasihatkan orang ramai supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan segala arahan yang dikeluarkan kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan Covid-19 di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, jika ada  yang melanggar undang-undang, hukuman kompaun dan lain-lain akan dikenakan tanpa mengira pangkat dan darjat. 

Sementara itu, menurut Raja Kamarul Bahrin, sehingga kini rakyat masih ternanti-nanti, hukuman terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berhubung kegagalan mematuhi SOP kuarantin wajib. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN