90 peratus barang kitar semula musnah terbakar  - Utusan Malaysia

90 peratus barang kitar semula musnah terbakar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah kawasan yang menjadi tempat longgokan barangan kitar semula musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Datuk Selat, Kampung Jawa di sini hari ini. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, seramai 35 anggota termasuk pegawai daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Andalas dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurut Hafisham, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 4.38 pagi. 

“Kebakaran melibatkan kawasan seluas 10,000 kaki persegi yang menempatkan barangan kitar semula. 

“Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan nyawa dilaporkan berikutan ketika kejadian tiada pekerja di lokasi tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 7 pagi dan pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung punca dan jumlah kerugian. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya