87 premis judi berlesen aktif di P.Pinang  - Utusan Malaysia

87 premis judi berlesen aktif di P.Pinang 

JAGDEEP SINGH DEO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Sebanyak 87 premis judi berlesen yang aktif di negeri ini dalam tempoh lima tahun lalu iaitu sejak 2016 sehingga Ogos tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, daripada jumlah itu daerah Seberang Perai Tengah (SPT) mempunyai premis judi berlesen aktif paling tinggi iaitu sebanyak 33 buah.

Tambahnya, sebanyak 19 premis judi berlesen aktif pula terletak di daerah Seberang Perai Utara (SPU); 18 di daerah Timur Laut; sembilan di Seberang Perai Selatan (SPS) dan lapan di Barat Daya.

“Sepanjang tempoh sama juga, tidak ada premis judi tanpa lesen di negeri ini,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini semalam.

Jagdeep (DAP-Datuk Keramat) menjawab soalan Zulkifli Ibrahim (Bersatu-Sungai Aceh) berhubung jumlah premis judi yang masih aktif beroperasi di negeri ini mengikut daerah dan tindakan penguatkuasaan yang diambil pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Jagdeep berkata, sepanjang tahun ini sehingga Ogos lalu juga, sebanyak 621 serbuan telah dilakukan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis terhadap premis judi di negeri ini melibatkan tangkapan seramai 1,042 orang.

Tambahnya, sepanjang tahun lalu pula, sebanyak 1,319 serbuan dilakukan dengan tangkapan seramai 1,793 orang manakala pada 2108 sebanyak 1,265 serbuan dengan tangkapan 1,837 orang.

Jelasnya, pada 2017 pula ,sebanyak 1,631 serbuan dilakukan yang berjaya menahan seramai 2,084 orang manakala 1,648 serbuan dibuat pada 2016 dengan tangkapan seramai 2,127 orang. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya