60,000 barang tiruan bernilai RM3 juga dirampas KPNDHEP  - Utusan Malaysia

60,000 barang tiruan bernilai RM3 juga dirampas KPNDHEP 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KPDNHEPWPKL) merampas 60,000 unit barang tiruan dianggarkan bernilai RM3 juta bagi sepanjang tahun ini. 

Kesemua rampasan itu melibatkan barang tiruan dianggarkan bernilai RM2.4 juta manakala RM382,000 adalah barang kawalan gas cecair petroleum (LPG) bersubsidi. 

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri, Zubir Hamsa berkata, bagi sepanjang tahun ini, pihaknya telah menyerbu 36 premis yang dipercayai menjual barangan tiruan di sekitar ibu negara. 

Menurutnya, serbuan terbaharu turut dijalankan kira-kira pukul 11.30 pagi semalam di sebuah pusat pemborong di Jalan Chow Kit di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati lapan stor dikesan memiliki barang-barang yang disyaki tiruan seperti selipar dan kasut dengan menggunakan perihal dagangan palsu dari jenama-jenama terkenal.

“Penjual menjual barangan tersebut secara atas talian dan secara borong kepada pelanggan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan semalam. 

Dalam pada itu, Zubir berkata, pihaknya turut menemukan stor penyimpanan yang berada di tingkat empat dan lima pusat pemborong terbabit. 

Ujarnya, hasil daripada itu, sebanyak 25,000 barang tiruan dianggarkan bernilai RM500,000 disita. 

“Peniaga akan diambil tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019.

“Kita amat tegas dalam hal ini dan orang ramai diingatkan supaya tidak melanggar undang-undang khususnya melibatkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan,” ujarnya. -UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya