384 sekolah zon merah ditutup - Utusan Malaysia

384 sekolah zon merah ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kesemua 384 sekolah di kawasan zon merah di daerah Klang, Selangor serta di Sandakan, Papar dan Tuaran, Sabah ditutup bermula esok sehingga 23 Oktober ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan berkata, bilangan itu merangkumi sekolah rendah dan menengah di bawah kementerian serta sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM.

Katanya, ini melibatkan 142 sekolah di daerah Klang dan 242 sekolah di seluruh tiga daerah di Sabah itu.

“Sekolah yang mempunyai asrama termasuk Kolej Vokasional juga ditutup. Ibu bapa atau penjaga perlu mengambil murid yang tinggal di asrama tersebut untuk pulang,” katanya di sini.

Menurut kenyataan itu, murid yang menunggu untuk diambil ibu bapa atau murid yang ingin terus kekal berada di asrama sekolah dan Kolej Vokasional sepanjang tempoh penutupan sekolah akan berada di bawah penjagaan warden asrama.

Katanya, keperluan makan dan minum murid sepanjang tempoh tersebut akan disediakan oleh pihak sekolah.

Tambah kenyataan itu, dalam tempoh penutupan sekolah tersebut, pengetua dan guru besar akan memastikan guru-guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah mengikut kesesuaian guru dan murid manakala manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya