37 pakar IT terlibat judi online ditahan - Utusan Malaysia

37 pakar IT terlibat judi online ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Kira-kira 37 pakar teknologi maklumat (IT) ditahan selepas polis menyerbu sebuah syarikat pengendali perisian judi online di bangunan pejabat di Symphony Square di sini.

Serbuan kira-kira pukul 6.30 petang hingga 9 malam itu turut membawa kepada penangkapan pemilik syarikat pengendali tersebut yang berusia 40 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil siasatan mendapati syarikat tersebut sudah beroperasi sejak dua tahun lalu dan mendapat keuntungan AS$40,000 (RM160,000) setiap bulan.

NIK EZANEE MOHD. FAISAL

 

Katanya, syarikat itu akan memberi perisian judi online kepada sindiket judi yang berpangkalan di Thailand.

“Mereka mengendalikan perisian judi online melalui  laman sesawang khas dan setakat ini sudah 500 aplikasi judi online direka cipta.

“Selain itu, mereka menggunakan tujuh bank untuk melakukan transaksi daripada kaki judi yang berpangkalan di negara jiran,” katanya.

Tambah Nik Ezanee, hasil siasatan lanjut mendapati kesemua mereka yang ditahan merupakan warga tempatan dan pakar IT.

Difahamkan setiap pekerja dibayar gaji RM3,000 hingga RM10,000 mengikut kepakaran masing-masing.

“Seramai 37 individu termasuk 11 wanita berusia lingkungan 30 hingga 40-an diberkas dalam serbuan tersebut. Mereka bekerja setiap hari bermula 9 pagi hingga 8 malam,” katanya.

Katanya, kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya