PBSM siap siaga hadapi musim banjir di Kelantan - Utusan Malaysia

PBSM siap siaga hadapi musim banjir di Kelantan

S. Selva Jothi (tiga dari kanan) menyerahkan barangan keperluan dan persiapan banjir kepada Tuan Ghazali Tuan Long, di Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BAHARU : Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan asas bernilai RM150,000 kepada PBSM Kelantan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku banjir di negeri ini hujung tahun ini.

Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM, Dr. S.Selva Jothi berkata, pihaknya menyumbang kain selimut, pelitup muka, pencuci tangan, barangan makanan, keperluan orang tua dan kanak-kanak serta ia merupakan barangan penting yang diperlukan oleh mangsa banjir.

Menurutnya, serahan  sumbangan kali ini merupakan peringkat pertama dan PBSM di peringkat pusat bersedia menghantar bekalan tambahan sekiranya masih diperlukan.

“Sumbangan pelitup muka dan cecair pencuci tangan diberi keutamaan dalam usaha mengekang covid-19 dan pematuhan Standard Operasi (SOP) di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Kelantan adalah negeri pertama yang menerima barangan keperluan itu berasaskan permintaan yang dipohon oleh PBSM negeri sebelum ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyerahkan barangan berkenaan, di Pejabat PBSM Kelantan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung PBSM, Hakim Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sumber PBSM, Datuk Sri Suhaimi Yacob dan Pengerusi PBSM Kelantan, Tuan Ghazali Tuan Long.

Terdahulu, Selva melancarkan Skuad Sukarelawan Berbasikal (VoW) yang melibatkan sebilangan sukarelawan PBSM negeri ini.

Menurutnya, anggota PBSM seluruh negara akan digerakkan ke PPS untuk berganding tenaga dengan agensi lain untuk membantu mangsa banjir yang dipindahkan.

Katanya, latihan secukupnya sudah dilaksanakan dalam kalangan anggota PBSM bukan hanya melibatkan rawatan kecemasan tetapi mencakupi bidang pengurusan komuniti dan khidmat kesukarelaan.

Menurutnya, PBSM sedang membina sebuah ‘sekolah kemanusiaan’ yang akan dijadikan sebagai pusat pendidikan dan latihan pegawai serta sukarelawan PBSM dan Palang Merah di seluruh Asia Pasifik.

“Pembinaan infrastruktur itu sedang dilaksanakan di kawasan seluas empat hektar Kampung Kandis, Bachok dengan peruntukan RM1.3 juta. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya