Perutusan khas PM petang ini - Utusan Malaysia

Perutusan khas PM petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas pukul 6 petang ini.

Perutusan tersebut mengenai situasi semasa Covid-19 dan dimaklumkan menerusi akaun Facebook.

Malaysia merekodkan jangkitan Covid-19 tertinggi dengan 432 kes, semalam.

Muhyiddin turut menjalani kuarantin kendiri 14 hari selepas menghadiri mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Mesyuarat itu dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif jangkitan Covid-19 dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Seremban.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN