1.97 juta batang rokok seludup dirampas - Utusan Malaysia

1.97 juta batang rokok seludup dirampas

KU Majidin Che Ku Jusoh (kiri) bersama pegawainya menunjukkan rokok seludup yang dirampas Pasukan Gerakan Am di sempadan Malaysia-Thailand di Markas Taktikal Lubok Setol, Rantau Panjang, Kelantan. - UTUSAN/ZULHANIFA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan mematahkan cubaan seludup 1.97 batang rokok seludup selepas menahan sebuah lori di Jalan Beris Kubur Besar, Bachok dekat sini.

Penolong Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Deputi Superintendan Ku Majidin Che Ku Jusoh berkata, bagaimanapun anggota pasukan itu terpaksa mengekori kenderaan itu sejauh 40 kilometer bermula dari Chabang Empat Tok Mek Ngah,Tumpat ke Beris Kubur Besar.

Menurutnya, lori itu ditahan pada pukul 11 pagi selepas hampir sejam diekori dan dikejar pasukan berkenaan.

“Ketika melakukan rondaan, anggota PGA yang sebelum itu menerima maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan terserempak sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan dari arah Chabang Empat Tok Mek Ngah ke Kota Bharu pada pukul 10 pagi.

“Anggota PGA terus mengekori lori itu dengan tujuan mengenal pasti lokasi gudang tempat barangan tersebut diturunkan. Namun pemandu lori itu menyedari kehadiran anggota PGA,” katanya pada kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubok Stol di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya