Warisan jangan cetus polemik baru - Utusan Malaysia

Warisan jangan cetus polemik baru

Mohd. Yusri Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Parti Warisan Sabah (Warisan) diminta memberi ruang seluas-luasnya kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk menubuhkan kerajaan tanpa perlu mencetuskan sebarang polemik baharu.

Pensyarah Komunikasi Politik, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Madya Dr. Mohd. Yusri Ibrahim berkata, semua pihak perlu menghormati pilihan rakyat Sabah dan mandat yang diberikan kepada GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

Katanya, kerajaan Sabah perlu dibentuk dengan kadar segera susulan isu pandemik Covid-19 yang sedang merebak dan perlu dijadikan fokus utama pada pasca PRN.

“Sekarang adalah masa untuk Sabah kembali bersatu, rakyat telah bersuara, hormati mandat dan pilihan rakyat dengan penuh semangat demokrasi.

Semua wakil rakyat yang menang atas nama gabungan parti juga perlu menghormati sepenuhnya mandat pengundi dan jangan mengkhianati undi dengan sekali lagi melompat-lompat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Yusri, parti-parti dalam GRS tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk menamakan Ketua Menteri dan menubuhkan kerajaan kerana isu kesihatan awam di samping ekonomi rakyat Sabah memerlukan tindakan paling segera.

Sehubungan itu, katanya, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menerajui GRS perlu membuat keputusan terbaik dan secepat mungkin. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya