Vaksin Covid-19: Malaysia tunggu ujian klinikal ke-3 - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19: Malaysia tunggu ujian klinikal ke-3

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak terburu-buru untuk membeli  vaksin Covid-19 dari mana-mana negara pengeluar sebaliknya perkara itu akan diputuskan selepas mempunyai bukti saintifik dan data sokongan keberkesanan melalui ujian  klinikal fasa ketiga melibatkan sampel manusia.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, langkah itu bagi memastikan vaksin tersebut tidak mempunyai kesan sampingan.

“Jika ingin membangunkan sesuatu vaksin perlu melalui pengeluar yang boleh diyakini dan tulen.

“Walaupun beberapa negara seperti China, India, Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan terbaharu, Rusia menghasilkan vaksin, namun kita perlu melihat sama ada  mereka menjalankan ujian klinikal fasa ketiga kepada manusia.

“Justeru, kita menunggu negara-negara yang membuat ujian klinikal kepada sampel manusia seperti China melakukan ujian tersebut di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Brazil sementara Rusia masih belum sampai ke peringkat ujian klinikal ketiga,” katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2020 dan Garis Panduan Pengiklanan Malaysia.

Tambah Adham, keyakinan terhadap sesuatu produk perlu diutamakan sebelum Malaysia membeli sebarang vaksin dan bukannya akibat faktor kewangan.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya