UMNO Terengganu arah jentera jalani saringan Covid-19 - Utusan Malaysia

UMNO Terengganu arah jentera jalani saringan Covid-19

Alias (kiri) melawat gerai pameran dalam Program Sukarelawan Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Terengganu dan Sambutan Hari Jantung Sedunia Peringkat Kebangsaan di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, di Kuala Berang, Hulu Terengganu hari ini.-UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu mengarahkan semua jentera yang pulang dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah untuk menjalani saringan Covid-19. 

Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Said berkata, langkah itu penting bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 susulan dua jentera parti yang dikesan bergejala dan sedang menjalani rawatan

Sehubungan itu, katanya, semua aktiviti melibatkan UMNO Terengganu kini ditangguhkan selama 14 hari mulai semalam hingga 10 Oktober.

“Saya dimaklumkan semua yang terlibat telah menjadi ujian berkenaan dan keputusannya negatif melainkan dua orang bergejala dan sedang menjalani rawatan. 

 “Kepada yang negatif, saya minta jalani sekali lagi saringan dan mengikuti arahan pihak berwajib termasuk kuarantin selama 14 hari,” katanya dalam hantaran di laman Facebook di sini hari ini. 

Ahmad bagaimanapun turut memohon maaf atas segala ketidakselesaan yang berlaku dan berharap agar isu itu dapat diatasi segera dengan kerjasama semua pihak. 

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, individu baru tiba dari Sabah diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) serta dipakai gelang kuarantin sehingga 10 Oktober depan.

Menurut Noor Hisham, langkah itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan kes positif Covid-19 yang dikesan di Semenanjung setelah kembali dari Sabah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN