Tiga peniaga didenda RM19,500 jual pakaian tiruan - Utusan Malaysia

Tiga peniaga didenda RM19,500 jual pakaian tiruan

DUA daripada tiga peniaga dibawa polis setelah didenda RM19,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menjual pakaian berjenama tiruan bernilai lebih RM30,000.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tiga peniaga didenda RM19,500 di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan menjual pakaian berjenama tiruan bernilai lebih RM30,000. 

Hakim Nooriah Osman menjatuhkan hukuman itu selepas Sa’ari Ahmad, 35, Mohd. Nursalam Nordin, 26, dan Mohd. Syahlan Mohd. Shafie, 30, mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan terhadap mereka.

Kesemua mereka didakwa memiliki 1,224 helai seluar sukan dan seluar jeans tiruan pelbagai jenama seperti Adidas, Puma dan Levis untuk dijual.

Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 8.15 pagi di tiga buah premis berasingan di Kampung Che Lijah, Dungun, Ahad lalu. 

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 102 (1) (c) Akta Cap Dagangan 2019 dan dihukum di bawah Seksyen 102 (1) (ii) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 bagi setiap barangan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Hishamuddin Rosnan manakala ketiga-tiga tertuduh tidak diwakili peguam.

Kesemua tertuduh bagaimanapun menjelaskan denda tersebut. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya