Tidak Rasmi: Shafie pertahan DUN Senallang - Utusan Malaysia

Tidak Rasmi: Shafie pertahan DUN Senallang

SHAFIE APDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N65 Senallang apabila mendahului calon-calon lain setakat 8.30 malam. 

Calon Warisan yang juga bekas Ketua Menteri Sabah itu memperoleh 1,544 undi mengatasi lawan terdekat dari Perikatan Nasional (PN), Norazman Utoh Naim yang hanya mendapat 39 undi. 

Tiga calon lain yang bertanding di kerusi DUN Senallang dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu dan Parti Cinta Sabah (PCS) yang memperoleh tidak sampai lima undi. 

Shafie merupakan penyandang DUN Senallang selepas menumpaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Nasir Sakaran dengan majoriti 5,301 undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu. 

Kerusi DUN Senallang mempunyai 14,336 pengundi berdaftar. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya