Tiada halangan parti gabungan PN bertanding - Utusan Malaysia

Tiada halangan parti gabungan PN bertanding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kesemua parti di bawah gabungan Perikatan Nasional (PN) tidak ada halangan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah atas tiket PN.

Menegaskan perkara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dalam kenyataan berkata, pihaknya juga telah meluluskan penggunaan lambang PN untuk  digunakan oleh parti-parti gabungan berkenaan ketika berkempen.

Katanya, kebenaran itu diberikan memandangkan PN telah pun didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa 7 Ogos lalu.

“SPR ingin memperjelaskan  kekeliruan seperti yang didakwa oleh pihak tertentu mengenai  status pendaftaran PN.

“Sehubungan itu, merujuk  kepada kenyataan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), PN sudah didaftarkan dengan sijil  pendaftaran bernombor PPM-019-14-07082020 yang dilulus dan
ditandatangani Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuat kuasa pada 7  Ogos lalu.

“PN telah didaftarkan di bawah Kategori Politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335),” katanya di sini hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya