Temco: Mapim edar 3,000 kotak barangan makanan kepada penduduk  - Utusan Malaysia

Temco: Mapim edar 3,000 kotak barangan makanan kepada penduduk 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Sebanyak 3,000 kotak bantuan barangan makanan asas diedarkan kepada penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)  Secara Pentadbiran (Temco) di Ambangan Heights, Amanjaya di sini semalam.

Sumbangan barangan makanan itu disampaikan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim).

Setiausaha Agong Mapim, Zulhanis Zainol berkata, setiap kotak makanan itu mengandungi barangan barangan asas seperti beras, minyak, gula, tepung, sardin dan sebagainya yang bernilai RM120.

“Kita harap sumbangan ini dapat meringankan beban penduduk yang terjejas dari segi kewangan dan sumber makanan dalam tempoh PKPD ini terutamanya golongan yang bekerja dengan pendapatan harian,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan pelepasan kenderaan menghantar bantuan terbabit.

Agensi-agensi lain terlibat dalam program itu ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Gerakan Trackers Utara (GTU).

Tiga zon di Ambangan Heights iaitu Zon Kenanga, Melor dan Mawar terlibat dengan Temco yang berkuat kuasa bermula pada 28 Ogos lalu dan dijadual berakhir hari ini.

Zulhanis memberitahu, lebih 20 buah kenderaan membawa barangan makanan itu ke kawasan perumahan terlibat untuk diserahkan kepada ketua-ketua lorong bagi kawasan perumahan terbabit sebelum diagihkan kepada penduduk lain.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga akan membantu penduduk di daerah Kota Setar yang terlibat dengan Temco bermula kelmarin.

“Memandangkan Temco di Kota Setar baru bermula, kami perlu bekerjasama dengan pihak JKM dahulu bagi mengenal pasti jumlah sebenar penduduk yang terjejas,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya