Syed Abu Hussin tidak setuju tetapkan calon awal - Utusan Malaysia

Syed Abu Hussin tidak setuju tetapkan calon awal

SYED Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tiga dari kanan) bersama penerima sumbangan Tabung Anak Bukit Gantang 2020 di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong di Bukit Gantang hari ini. - GAMBAR: WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT GANTANG: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak bersetuju dengan tindakan UMNO bahagian ini yang lebih awal menetapkan calon dari parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen dan semua DUN bahagian itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). 

Bekas Ahli Parlimen UMNO itu yang kini menyertai Bersatu berkata, tindakan itu dilihat mendahului kepimpinan tertinggi dalam kalangan parti dalam Bersatu mengenai pembahagian kerusi.

“Saya difahamkan UMNO bahagian ini telah menamakan calon untuk semua kerusi Parlimen dan DUN bahagian ini. Sepatutnya kita berunding, mesyuarat dahulu dan patuh apa jua keputusan. 

“Siapa-siapa hendak ambil (bertanding) pun tidak apa, asalkan dia dalam Perikatan Nasional (PN) yang telah dipersetujui 

“Ini bukan kehendak kita sebagai individu, kita kena ikut kehendak kolektif parti yang bergabung, jadi mesti ada tolak ansur.

“Jadi kalau sudah awal-awal namakan calon, ia akan menunjukkan satu ketegangan, nanti kalau tidak dapat, merajuk. Jadi saya tidak setuju awal-awal lagi namakan (calon),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Tabung Anak Bukit Gantang 2020 di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong dekat sini hari ini.

Tiga lagi kerusi DUN dalam Parlimen itu iaitu Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering turut dimenangi oleh BN masing-masing ditandingi wakil rakyat UMNO.

Mengenai peluangnya untuk kekal bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang dalam PRU-15, Syed Abu Hussin berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada pucuk pimpinan parti.

“Susah hendak kata (kekal atau tidak di Bukit Gantang). Yang penting saya buat kerja dan kalau dipilih saya akan teruskan, kalau tidak terpilih saya akan beri sokongan kepada calon yang dipilih.

“Saya serah kepada keputusan pucuk pimpinan, kalau mereka membenarkan saya terus bertanding, saya akan bertanding kalau tidak ada,  saya bantu, semangat perjuangan saya tinggi yang penting kerajaan PN dikekalkan,” katanya.

Pada PRU-14, Syed Abu Hussin, yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian ini, menang Parlimen Bukit Gantang atas tiket BN sebelum mengumumkan dirinya menjadi wakil rakyat Bebas pada Jun 2018 dan menyertai Bersatu pada Jun lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya