Sukarelawan terbabit nahas selepas pulang hantar jenazah - Utusan Malaysia

Sukarelawan terbabit nahas selepas pulang hantar jenazah

KENDERAAN membawa dua orang sukarelawan SPJ Malaysia terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di kilometer 277.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), dekat Nilai, pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Dua sukarelawan Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia berhadapan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 277.8 Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara) dekat Nilai, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi tadi itu, kedua-dua sukarelawan tersebut dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghantar jenazah di Parit Raja, Johor.

Menurut Pengurus SPJ Malaysia, Rafie Zainal, kedua-dua sukarelawan tersebut berada dalam keadaan stabil namun salah seorang daripada mereka masih ditahan di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi rawatan lanjut.

“Berkemungkinan, mangsa yang berusia 22 tahun itu mengalami kecederaan patah tulang belakang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia dekat sini, hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran di akaun Facebook SPJ Malaysia, memaklumkan, kenderaan komuniti skuad berkenaan terbabit dalam kemalangan berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Seremban.

SPJ Malaysia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu menguruskan jenazah secara sukarela tanpa sebarang bayaran bagi membantu golongan kurang berkemampuan.

Sementara itu, menurut jurucakap polis memberitahu, kemalangan berkenaan membabitkan tiga buah kenderaan iaitu kereta jenis Peugeot dan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Produa Alza dan Proton Exora.

Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemalangan berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN