Sindiket Anton tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket Anton tumpas

INDERA Khairul Dzaimee Daud (tengah) menunjukkan cap palsu Imigresen yang digunakan sindiket Anton di Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan cap Imigresen dikenali ‘Anton’ yang dikesan telah beroperasi sejak dua tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud berkata, sindiket didalangi warganegara Indonesia itu dipercayai telah mengaut keuntungan lebih RM1 juta apabila mengenakan bayaran bagi ‘perkhidmatan’ itu sebanyak RM150 hingga RM250.

Hasil risikan pihaknya selama dua bulan, serbuan telah dilakukan di dua premis di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor dan pa­sukan operasi merampas 39 pasport serta 12 surat perjalanan laksana pasport (SPLP) Indonesia.

Katanya, seorang lelaki berumur 38 tahun dikenali Anton ditangkap bersama seorang wanita berusia 32 tahun.

“Mereka berdua dipercayai dalang utama sindiket ini dan lelaki yang dikenali Anton adalah ketua sindiket yang merupakan rangkaian kepada sindiket Damrah atau Wak Jam yang telah ditumpaskan sebelum ini.

“Hasil siasatan ke atas Anton membawa kepada serbuan kedua, pasukan operasi telah menemukan pelbagai bentuk rubber-stamp, 28 pasport Indonesia, empat SPLP Indonesia, termasuk satu pasport Malaysia dan Bangladesh serta 12 warganegara Indonesia yang dipercayai merupakan ‘pelanggan’ sindiket itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata, modus ope­randi sindiket Anton menyasarkan warganegara Indonesia yang memiliki pasport tetapi telah tinggal lebih masa di negara ini dan ingin pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan oleh Jabatan Imigresen.

Menurut Khairul Dzaimee, Anton juga membuat cap palsu kepada mereka yang telah tinggal lebih masa sebelum Pe­rintah Kawalan Pergerakan (PKP) seolah-olah pas mereka tamat dalam tempoh PKP memandangkan pihak Imigresen mengenakan tindakan penge­cualian bagi kesalahan tersebut.

Dalang sindiket itu ditangkap mengikut Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63 iaitu memalsukan endorsemen yang sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM100,000 dan penjara serta sebatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya