Sedih lihat tanah yang dipertahankan dari ancaman Komunis diteroka secara haram - Utusan Malaysia

Sedih lihat tanah yang dipertahankan dari ancaman Komunis diteroka secara haram

PEKEBUN durian mengadakan demonstrasi aman di Sungai Ruan pada 25 Ogos bagi membantah tindakan pengambilalihan pengurusan ladang durian mereka di Raub, Pahang baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Dahulu anggota pasukan keselamatan bersabung nyawa bagi memastikan kawasan yang diteroka oleh pekebun durian Musang King di Raub dekat sini selamat dari ancaman Komunis.

Pada waktu itu sekitar tahun 1971, dua anggota tentera terkorban bertempur dengan Komunis.

AHMADUN TALIB
MOHD. SANI ISHAK

 

Menceritakan detik tersebut, bekas tentera Ahmadun Talib, 73, berkata, dia masih mengingati saat-saat sewaktu ditugaskan dalam Operasi Jejak Musuh di Sungai Liang, Raub menghala ke Bentong pada 11 November 1971.

Pada waktu itu katanya, anggota pasukan keselamatan bertembung dan bertempur dengan Komunis di kawasan berkenaan menyebabkan dua anggota tentera maut.

“Lebih seminggu kami berkampung menjejaki musuh di kawasan kebun durian dan pisang di Raub malah makanan itulah hidangan wajib kami.

“Namun, saya berasa sedih apabila tanah subur di kawasan yang pernah nyawa saya bagaikan di hujung tanduk diteroka dengan rakus oleh pekebun durian secara haram,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Kumpulan Tentera Tidak Berpencen (PKTTB) Negeri Pahang Mohd. Sani Ishak berkata, ramai lagi anggota tentera di negeri ini yang belum terbela kebajikan mereka.

Jelasnya, lebih 1,400 bekas tentera tidak berpencen di negeri ini yang memerlukan kebajikan termasuk tanah bagi mereka membina rumah.

“Daripada jumlah itu, 50 peratus berusia lebih 60 tahun dan sering sakit-sakit, 30 peratus pesakit kronik dan terlantar manakala hanya 20 peratus yang sihat tanpa sebarang penyakit.

“Dengan jasa anggota tentera memastikan keselamatan tanah di Raub dari ancaman Komunis, adalah lebih baik kawasan tanah subur itu dianugerahkan kepada tentera yanh berjasa dari dibiarkan terus diteroka secara haram,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya