'Ya, saya dipecat' - Utusan Malaysia

‘Ya, saya dipecat’

B. SATHIANATHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Ya, saya bukan meletak jawatan tetapi dipecat.”

Itu pengesahan B. Sathianathan ketika ditanya mengenai spekulasi yang bertiup kencang bahawa beliau dipecat daripada jawatan Ketua Jurulatih Selangor.

Keputusan itu dibuat dalam pertemuannya dengan pengurusan tertinggi Persatuan Bola sepak Selangor (FAS), pagi tadi.

Kekalahan 6-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu lalu antara punca utama yang membawa kepada penamatan kontrak Sathianathan lebih awal daripada sepatutnya.

FAS sebelum ini mengumumkan tidak akan menyambung kontrak bekas jurulatih Harimau Malaya itu yang berakhir hujung musim ini.

Begitupun, prestasi tidak menentu Red Giants dalam kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini, terutama kekalahan memalukan kepada JDT menyebabkan ia ditamatkan awal.

Usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan FAS gagal namun sumber dalaman persatuan itu memaklumkan akan mengeluarkan kenyataan rasmi hari ini.

Dalam masa sama, difahamkan kedua-dua pihak iaitu Sathianathan dan FAS telah mencapai kata sepakat berkenaan perkara tersebut.

Kontrak Sathianathan sepatutnya tamat pada penghujung musim ini selepas jurulatih berusia 62 tahun itu ditawarkan kontrak selama dua musim bermula tahun lalu.

Sathianathan muncul jurulatih kedua dalam saingan Liga M musim ini ‘direhatkan’ selepas minggu lalu Kelantan United menjadi pasukan pertama bertindak sama terhadap Zahasmi Ismail ekoran prestasi merudum kelab tersebut.

Tempat Sathianathan akan diambil alih buat sementara oleh Pengarah Teknikal FAS, Micheal Feichtenbeiner.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN