Sandra Dianne meninggal dunia - Utusan Malaysia

Sandra Dianne meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KUALA LUMPUR : Selepas hampir seminggu bertarung nyawa dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Serdang, penyanyi muda, Sandra Dianne menghembuskan nafas terakhirnya awal pagi tadi.

Berita itu disahkan rakan penyanyi, Sufie Rashid di laman sosial Instagramnya.
Sandra, 26, yang juga peserta program realiti Big Stage 3 mengalami kemalangan jalan raya pada Sabtu lalu setelah kereta yang dinaiki bersama sepupunya terbabas.
Sufie menerusi kapsyennya menyifatkan Sandra sebagai rakan yang baik dan memiliki hati murni.
“Assalamualaikum semua, minta sedekahkan Al-Fatihah untuk Sandra yang telah meninggalkan kita.
“Selamat pulang ke rahmatullah sahabatku. Anda adalah sahabat terbaik dan punya hati yang murni. Terima kasih sebab beri saya peluang untuk satu pentas dengan awak. Semoga awak tenang di sana,” kata Sufie.
Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh program realiti itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu lalu.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya