Ruslan Kassim meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ruslan Kassim meninggal dunia

ALLAHYARHAM RUSLAN KASSIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas  Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) Datuk Ruslan Kassim meninggal dunia pada di Hospital Selayang pukul 2 petang tadi selepas implikasi jantung dan komplikasi buah pinggang.

Presiden Perkasa, Datuk Dr. Ibrahim Ali berkata, jenazah akan dibawa dan di kebumikan di Batang Kali malam ini selepas Isyak.

“Allahyarham meninggal kira-kira pukul 2 petang tadi selepas beberapa tahun menghidap komplikasi buah pinggang.

“Jenazahnya akan dikebumi malam ini selepas isyak,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Allahyarham sebelum ini bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  menubuhkan parti itu. 

Selain itu, beliau antara individu yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berikutan penangkapan dan penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau aktif sebagai Pemuda UMNO Negeri Sembilan tetapi dipecat selepas berdiri teguh di belakang  Anwar yang turut dipecat daripada kerajaan pada 2 November 1998. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya