Premis aktiviti bitcoin diserbu - Utusan Malaysia

Premis aktiviti bitcoin diserbu

PETUGAS TNB memeriksa meter elektrik di sebuah premis di Taman Komersial Saujana, Seremban 2 di Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.- UTUSAN/SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lima premis di bandar ini diserbu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini kerana menjalankan aktiviti melombong mata wang bitcoin dengan membuat sambungan elektrik secara haram.

Dalam operasi bersepadu yang turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Taman Komersial Saujana, Seremban 2 itu, pihak berkuasa terpaksa memecahkan pintu premis yang dipasang dengan jeriji besi dan kamera litar tertutup.

Pengarah Undang-Undang dan Penguatkuasaan MBS, Hamizam Ahmad berkata, setiap premis membuat sambungan elektrik secara haram dan menyebabkan TNB mengalami kerugian kira-kira RM30,000 hingga RM40,000 sebulan.

Katanya, premis berkenaan masih mempunyai meter yang berfungsi dan hanya mencatatkan bil elektrik kira-kira RM30 sebulan.

“Dalam operasi kali ini pihak TNB memotong sambungan haram ke premis terbabit manakala MBS merampas peralatan unit komputer yang digunakan untuk aktiviti berkenaan.

“MBS merampas lebih 300 unit komputer yang setiap satunya dianggarkan bernilai kira-kira RM8,000 hingga RM12,000,” katanya.

Menurut beliau, sambungan haram itu bertujuan menjimatkan kos rangkaian komputer berkuasa tinggi bagi melombong bitcoin yang beroperasi 24 jam sehari.

Difahamkan, premis berkenaan disewa daripada pemilik asal dan dipercayai telah beroperasi sejak tiga tahun lalu. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya