Polis rampas dua laras senapang angin buatan sendiri  - Utusan Malaysia

Polis rampas dua laras senapang angin buatan sendiri 

SENAPANG angin buatan sendiri yang dirampas polis daerah Seberang Perai Utara daripada dua lelaki di Kepala Batas dan Sungai Petani, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Polis menahan dua lelaki dalam serbuan berasingan di Kepala Batas di sini dan Sungai Petani, Kedah kelmarin selepas didapati memiliki senapang angin buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menahan suspek pertama berusia 43 tahun di sebuah rumah di Penaga, Kepala Batas kira-kira pukul 12.05 tengah malam.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, polis merampas selaras senapang angin buatan sendiri, sebuah bekas mengandungi peluru bearing dan sebuah ‘compressor freezer’ daripada suspek,.

Beliau berkata, hasil siasatan lanjut membawa kepada penangkapan rakannya iaitu suspek kedua berusia 40 tahun kira-kira pukul 3.20 petang di Sungai Petani, Kedah.

“Hasilnya, polis merampas selaras lagi senapang angin buatan sendiri bersama sebuah bekas mengandungi peluru ‘ball bearing’ di dalam sebuah rumah.

“Salah seorang suspek turut didapati memiliki rekod lampau berkaitan dadah dan siasatan lanjut mengenai kes ini sedang dilakukan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya