Polis patahkan sindiket dadah terbesar di Perlis - Utusan Malaysia

Polis patahkan sindiket dadah terbesar di Perlis

SURINA Saad menunjukkan ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja bernilai RM6.58 juta dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar, Perlis semalam. - UTUSAN/MOHD. HAFIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Polis Perlis mematahkan sindiket dadah terbesar di negeri ini selepas menahan tiga lelaki termasuk dua beranak dalam serbuan di sebuah rumah di Felda Rimba Emas, Padang Besar semalam.
Dalam serbuan pukul 12.15 pagi itu, polis merampas 126 ki­logram syabu dan 100 kilogram ganja yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM6.58 juta.
Dua beranak ditahan membabitkan lelaki berusia 43 tahun dan 16 tahun. Seorang lagi ditahan, rakan kepada anak lelaki itu juga remaja berusia 16 tahun.
Rumah diserbu adalah tempat transit sebelum barang terlarang tersebut dipasarkan ke selatan tanah air.
Penahanan pertama melibatkan dua remaja tersebut yang sedang memunggah dadah di dalam rumah manakala dalangnya pula ditahan ketika pulang ke kediaman itu antara pukul 12.15 tengah malam dan 2.45 pagi.
Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, polis menemukan bungkusan plastik jenama teh berwarna hijau disyaki berisi syabu serta ketulan mampat tumbuhan ke­ring disyaki ganja yang masing-masing seberat satu kilogram sebungkus.
“Kesemua suspek yang me­nganggur itu tiada rekod jenayah dan ujian saringan air kencing mendapati mereka positif syabu.
“Dadah ini dipercayai diba­wa masuk dari negara jiran dan kami sedang menyelidik bagaimana ia boleh dibawa ma­suk ke negara ini,” katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kangar di sini semalam.
Beliau berkata, ketiga-tiga suspek direman selama tujuh hari sehingga 8 September ini untuk siasatan lanjut dan di siasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.
Polis turut mengambil tindakan di bawah Akta Dadah Berba­haya (Pelucutan Harta) 1988 ke atas rumah suspek kerana digu­nakan sebagai tempat me­n­yimpan dan mengedar dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya