KANGAR: Rata-rata pengayuh basikal tidak bersetuju cadangan setiap basikal di negara ini perlu mengikut syarat seperti kenderaan bermotor sekali gus menyifatkan langkah tersebut hanya menyusahkan. Sebaliknya mereka mencadangkan agar kerajaan menyediakan lebih banyak kemudahan dan laluan berbasikal khususnya di kawasan-kawasan bandar selain mengetatkan penguat kuasaan agar pengayuh basikal tidak menggunakan lebuh raya untuk aktiviti tersebut. Seorang kakitangan awam, Wan Mohd. Hazimin Wan Hanif,34, berkata, aktiviti berbasikal sekarang dilihat menjadi tren dan tidak pasti sama ada akan berterusan atau sebaliknya. “Tidak perlu lesen sebaliknya kerajaan sediakan banyak kemudahan berbasikal dan yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya