SUNGAI PETANI: Penduduk Ladang UP Bukit Selambau dekat sini tidak sabar untuk menikmati capaian internet yang lebih baik ekoran syarikat-syarikat telekomunikasi mula membuat kajian untuk membina menara di kawasan itu. Seorang penduduk, V. Barathidasa, 26, berkata, dia difahamkan pembinaan menara telekomunikasi itu akan dimulakan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Katanya, wakil daripada SKMM dan syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi dan Umobile telah datang melakukan kajian rangkaian internet untuk memasang menara di kawasan berkenaan sejak seminggu lalu. Menurutnya, pembinaan menara itu pastinya dapat meningkatkan capaian internet…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya