Pekerja penghantaran barang maut rempuh lori - Utusan Malaysia

Pekerja penghantaran barang maut rempuh lori

ANGKATAN Pertahanan Awam turut membantu di lokasi kemalangan di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Seorang penunggang motosikal maut selepas dipercayai merempuh belakang lori di Persiaran Sultan Salahuddin di sini hari ini.

Mangsa, Muhammad Fazly Ayob, 24 meninggal dunia di tempat kejadian.

Kejadian yang dipercayai berlaku kira-kira pukul 7.15 malam itu dikatakan berpunca akibat motosikal yang dipandu laju yang sedang membelok ke laluan utama dari kawasan selekoh sebelum terbabas melanggar lori tersebut.

Allahyarham dipercayai bekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera kemudian dibawa ke Unit Forensik, Hospital Putrajaya bagi bedah siasat.

Menurut pemandu lori yang enggan dikenali, dia sedang memandu lori dalam keadaan perlahan kerana dua pekerjanya sedang mengutip sampah di bahu jalan tersebut.

“Tiba-tiba saya terdengar dentuman kuat dari arah belakang dan melihat mangsa tercampak ke laluan tengah jalan.

“Saya tergamam seketika kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku dan beberapa orang awam terus menghubungi pihak ambulans dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, rakan mangsa, Akmal Hakim Anuar, 22,  yang juga rakan sekerja Allahyarham berkata, dia tinggal bersebelahan dengan rumah Allahyarham dan sempat bergurau senda sehari sebelum kejadian berlaku.

“Saya memang rapat dengan arwah dan kami sama-sama bekerja di restoran makanan segera di sini. Hari ini dia cuti dan buat kerja sambilan perkhidmatan penghantaran barang.

“Keluarga dia dapat tahu awal juga tentang kejadian ini sebab adik arwah sudah sampai awal di tempat kejadian,” jelasnya.

Utusan Online masih mendapatkan pengesahan lanjut daripada Ketua Polis Daerah di sini berhubung kejadian itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya