Maqis rampas 1,248KG limau mandarin - Utusan Malaysia

Maqis rampas 1,248KG limau mandarin

ANTARA 1,248KG buah limau mandarin ditahan Maqis Johor kerana dibawa masuk ke Malaysia tanpa permit di Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 1,248 kilogram (KG) limau mandarin dianggarkan bernilai RM12,480 dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor kerana tidak memiliki permit import sah.

Pengarah Maqis Johor, Nur Afifah A. Rahman berkata, perkara itu terbongkar setelah pihaknya menahan sebuah lori di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini pada pukul 1 petang semalam. 

“Ketika Maqis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Fuso berjaya menemukan semua limau mandarin jenis Honey Murcott itu.

“Pemeriksaan dibuat mendapati barang dagangan itu tidak memiliki permit import sah daripada Maqis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Nur Afifah, pemandu kenderaan berusia 47 diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728). 

“Maqis komited menguatkuasakan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan kawalan penyakit ikan, haiwan, tumbuhan dan jaminan keselamatan makanan terpelihara,” tambahnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya