Malaysia berjaya lepasi sasaran pengurangan HCFC - Utusan Malaysia

Malaysia berjaya lepasi sasaran pengurangan HCFC

TUAN Ibrahim Tuan Man (tiga kiri) melihat alat pemadam api enjin pesawat yang menggunakan gas halon selepas Majlis Sambutan Hari Ozon Sedunia dan Pra Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara 2020 di Le Meriden Putrajaya., di sini, hari ini.-UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Malaysia berjaya mengurangkan penggunaan Hidro-kloro-fluoro-karbon (HCFC) melebihi sasaran ditetapkan iaitu 19 peratus berbanding sasaran asal 10 peratus.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sejak Malaysia meratifikasi Protokol Montreal pada 29 Ogos 1989, kerajaan komited ke arah menghapuskan serta mengawal penggunaan bahan-bahan pemusnah ozon yang berpotensi menipiskan lapisan ozon.

Beliau berkata, bermula pada 2012 hingga 2040 pula, Malaysia berusaha ke arah penghapusan penggunaan kloro-fluro-karbon (CFC) dan setakat ini ia melepasi sasaran pengurangan yang ditetapkan.

“Sasaran seterusnya adalah menghapuskan penggunaan HCFC pada tahun 2040 secara berperingkat,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Hari Ozon Sedunia 2020 dan Pra-Pelancaran Hari Alam Sekitar Negara 2020, di sini hari ini.

Katanya, kerajaan juga sedang merangka beberapa strategi untuk membantu pihak industri dalam projek penukaran teknologi yang masih menggunakan bahan pemusnah ozon HCFC kepada mesra ozon.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, kementerian menetapkan Hari Alam Sekitar Negara 2020 peringkat kebangsaan akan disambut pada 24 Oktober depan bertempat di Kampus Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian, Kelantan.

Menurutnya, sambutan bertemakan ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ itu memberi fokus kepada tiga aktiviti utama iaitu kaedah pelupusan sisa buangan elektrikal dan elektronik, 

pengurangan plastik sekali guna dan penghijauan bumi.

“Pelbagai aktiviti dirancang untuk menjayakan sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2020 termasuk Perutusan Khas Perdana Menteri pada 21 Oktober, webinar bertemaskan kelestarian alam sekitar dan Khutbah Khas Solat Jumaat. 

“Antara program lain adalah Denai Sungai Kebangsaan, Kempen Hindari Plastik Sekali Guna dan wawancara alam sekitar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya