Lima kesan tembakan pada pengawal peribadi - Utusan Malaysia

Lima kesan tembakan pada pengawal peribadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Lima kesan tembakan ditemukan mengenai pengawal peribadi dalam insiden tembakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Datok, Banting di sini semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Azizan Tukiman berkata, kesan tersebut ditemukan hasil pemeriksaan doktor terhadap lelaki itu yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini.

“Selain kesan tembakan tersebut, terdapat juga sembilan kesan lubang pada bahagian badan mangsa. 

“Seorang lagi individu merupakan majikan pengawal peribadi terbabit pula terkena dua das tembakan masing-masing di lengan kiri dan rusuk kanan.

“Kedua-dua mangsa juga mempunyai satu anak peluru yang tersangkut di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambah Azizan, kedua-dua mangsa kini dilaporkan stabil dan masih dirawat di zon merah HTAR dekat sini.

“Doktor pakar sedang melakukan pemeriksaan lanjut sebelum melakukan pembedahan bagi mengeluarkan peluru tersebut,” katanya.

Utusan Malaysia semalam melaporkan  pertengkaran antara dua kumpulan dipercayai punca seorang majikan dan pengawal keselamatan parah ditembak penyerang menaiki motosikal kelmarin.

Malah, dalam kejadian tersebut juga mengakibatkan tiga pelajar sekolah menengah itu cedera dirempuh kenderaan yang dinaiki dua lelaki terbabit.

Pertengkaran antara dua kumpulan itu dipercayai disebabkan pergaduhan dalam perniagaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN