Lelaki ditemukan mati di tepi jalan - Utusan Malaysia

Lelaki ditemukan mati di tepi jalan

KEADAAN lelaki yang ditemukan mati dipercayai akibat serangan jantung di tepi jalan di Sitiawan, Perak. - SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung di Jalan Taman Sentosa, Sitiawan dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, ketika ditemukan, lelaki berusia 40-an itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, pihak Hospital Seri Manjung (HSM) telah dipanggil dan hasil pemeriksaan  mengesahkan lelaki tersebut meninggal dunia di tempat kejadian. 

Katanya, mayat juga disahkan bukan dikategorikan sebagai pesakit Covid-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan dan telah dibawa ke Unit Forensik HSM. 

“Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada unsur jenayah hasil siasatan awal pihak polis di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya