Kuala Perlis jadi Bukit Malut? - Utusan Malaysia

Kuala Perlis jadi Bukit Malut?

SURINA Saad melakukan tinjauan di kawasan penempatan penduduk di sekitar pesisir Kuala Perlis semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kuala Perlis di sini dikhuatiri menjadi seperti Bukit Malut di Langkawi, Kedah berikutan lambakan nelayan warga asing menjadikan kawasan ter­sebut sebagai penempatan sejak dua tahun kebelakangan ini.

Nelayan terbabit dipercayai masuk ke pesisir pantai di Kuala Perlis kononnya untuk menangkap ikan sebaliknya terus kekal tinggal di kawasan berkenaan.

Penempatan nelayan-nela­yan­ warga asing tersebut telah dikenal pasti wujud di beberapa buah kampung berhampiran Pulau Ketam di sini dan maklumat mengenainya telah disampaikan oleh penduduk setempat kepada pihak berkuasa.

Ketua Polis negeri, Datuk Surina Saad berkata, hasil daripada maklumat tersebut, pihaknya telah meninjau ke tempat-tempat terbabit bagi mengenal pasti kewujudan pendatang asing tanpa izin berkenaan.

Kata beliau, kebanyakan mereka terdiri daripada warga Rohingya yang kononnya da­tang untuk tinggal sementara dan menangkap ikan.

“Kedudukan Bukit Malut dan Kuala Perlis adalah lebih kurang sama jadi mereka yang datang dari kawasan tersebut lebih mudah menyesuaikan diri di sini.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di Bukit Malut berlaku di sini. Jika mereka sudah bercambah, sukar untuk kita kawal,” katanya selepas membuat tinjauan di kawasan penempatan penduduk sekitar Kuala Perlis di sini semalam.

Sementara itu, beliau memberitahu, sebanyak 59 jeti ha­ram telah dikenal pasti di kawasan sepanjang 1.5 kilometer di pesisir Kuala Perlis berhampiran Pulau Ketam.

“Kami menerima laporan bahawa jeti-jeti ini digunakan sebagai tempat untuk pendaratan barang-barang terlarang seper­ti ketum. Sudah ada beberapa nama penyeludup kita kenal pasti termasuk jeti-jeti aktif.

“Jadi pemantauan akan di­buat berterusan untuk membanteras aktiviti terbabit,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya