Kerjasama PBT ditagih atasi sindiket pelacuran  - Utusan Malaysia

Kerjasama PBT ditagih atasi sindiket pelacuran 

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta bekerjasama dengan polis bagi melumpuhkan kegiatan jenayah khususnya sindiket pelacuran di negeri ini. 

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, perkara itu penting kerana kebanyakan aktiviti pelacuran dijalankan di rumah kedai yang diubah suai. 

Katanya, pemantauan berterusan daripada pihak PBT akan membantu polis menangani kegiatan tidak bermoral itu. 

“Banyak pihak khususnya PBT dan polis perlu bekerjasama berhubung perkara ini kerana kebiasaannya premis pelacuran merupakan hotel bajet yang telah diubah suai. 

“Daripada dua bilik menjadi banyak bilik kecil, ini melanggar syarat dan terletak di bawah bidang kuasa PBT,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini. 

Tambah beliau, sekiranya PBT turut menjalankan operasi terhadap hotel bajet, pihaknya yakin aktiviti itu dapat dikurangkan jika tidak dibasmi sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya