Kali kedua cincin tersekat - Utusan Malaysia

Kali kedua cincin tersekat

JARI mangsa yang membengkak dan berwarna kehitaman akibat cincin dipakainya menghalang pengaliran darah. – IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Tidak serik dengan kejadian yang pernah menimpanya pada Julai lalu, seorang lelaki terpaksa dibawa ke hospital dengan masalah sama apabila jarinya sekali lagi membengkak akibat cincin dipakai.

Lelaki berusia 41 tahun itu dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang kira-kira pukul 9.30 pagi selepas dua jari kirinya membengkak kerana tersekat cincin.

Julai lalu, lelaki terbabit dikejarkan ke hospital berikutan lapan jari tangan kanan dan kiri­nya didapati bengkak teruk akibat cincin.

Jurucakap bomba berkata, sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang ber­gegas ke lokasi selepas mene­rima panggilan kecemasan da­ripada hospital pukul 10.07 pagi.

Kata beliau, pemeriksaan pihaknya mendapati jari manis kiri mangsa telah bertukar menjadi kehitaman akibat cincin jenis plastik gagal dikeluarkan.

“Pasukan perubatan HTAR berjaya mengeluarkan sebentuk cincin di jari hantu mangsa dan terpaksa meminta bantuan bomba untuk mengeluarkan sebentuk cincin lagi di jari manis.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin tersebut secara berhati-hati bagi mengelak jari mangsa cedera lebih teruk,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini semalam.

Jelas jurucakap tersebut, operasi mengeluarkan cincin pada jari mangsa berjaya diselesaikan dalam tempoh lima minit.

“Lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada hospital untuk tindakan lanjut.

“Jari mangsa membengkak dipercayai akibat aliran darah tersekat dan merencatkan pertumbuhan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya