Juru jual barangan elektrik rugi RM27,600  - Utusan Malaysia

Juru jual barangan elektrik rugi RM27,600 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Gara-gara ingin membuat pinjaman peribadi menerusi laman sosial Facebook, seorang juru jual barangan elektrik kerugian RM27,600 apabila menjadi mangsa penipuan pinjaman wang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, pengadu merupakan seorang wanita berusia 43 tahun dari Batu Belah di sini melayari laman sosial Facebook dan telah menekan iklan pinjaman peribadi pada November lalu.

Katanya, tidak lama kemudian seorang lelaki dikenali sebagai ‘Mr. Keh’ telah menghantar pesanan ringkas melalui Whatsapp untuk menawarkan pinjaman peribadi.

“Pengadu telah bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM100,000 dan diminta membuat bayaran wang proses pinjaman bagi meluluskan pinjaman peribadi tersebut ke dalam dua akaun.

“Selepas membayar pelbagai wang proses, pengadu masih belum menerima wang pinjaman sehingga menyebabkan wanita terbabit mengalami kerugian sebanyak RM27,600,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Nurulhuda, bertindak atas laporan, pihaknya menjalankan siasatan dan menahan dua lelaki dalam tangkapan berasingan dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan pinjaman tidak wujud.

“Tangkapan pertama di buat ke atas lelaki berusia 25 tahun berasal dari Jalan Sungai Bertek, Klang kira-kira pukul 11 malam Ahad lalu.

“Hasil siasatan, sejam berikutnya telah membawa kepada satu lagi tangkapan iaitu seorang lelaki beralamat di Taman Sentosa berusia 26 tahun pada pukul 12.10 pagi.

“Pemeriksaan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan mereka kini ditahan reman empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah Nurulhuda, orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah yang dilakukan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai juga perlu membuat semakan secara terperinci sebelum melakukan apa-apa transaksi dan pembayaran.

“Mereka juga boleh membuat semakan melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi melihat sama ada akaun tersebut pernah disiasat atau sebaliknya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya