Jawatan KPN tertakluk dalam Akta Polis 1967 - Utusan Malaysia

Jawatan KPN tertakluk dalam Akta Polis 1967

hamid
ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang pe­lan­tikan dan penamatan jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Ketua Polis Negara tertakluk kepada Akta Polis 1967.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, sehubungan itu, perubahan perlu dilakukan dalam akta tersebut jika kerajaan mahu melaksanakan reformasi perjawatan terbabit.

“PDRM wujud atas akta. Ini ter­masuk pelantikan jawatan Ketua Polis Negara. Jadi PDRM perlu ikut.

“Jika kerajaan atau orang ramai mahukan pelantikan atau penamatan jawatan ini dengan sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat, akta ini perlu diubah,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di pejabat Media Mulia di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah Suruhanjaya Pencegahan Ra­su­ah Malaysia (SPRM) bakal melaksanakan reformasi dalam pelantikan dan penamatan ja­watan Ketua Pesuruhjaya agensi itu menerusi sokongan majoriti dua pertiga Dewan Rakyat.

Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki, reformasi terbabit sudah dipersetujui kerajaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muh­yiddin Yassin baru-baru ini.

Pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya SPRM akan dibuat melalui Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang.

Dalam pada itu, Abdul Hamid berkata, tiada keperluan untuk menubuhkan kembali Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg), Pasukan Khas Taktikal Narkotik (Sting) dan Pasukan Khas Jenayah Terancang (Stafoc).

Dalam pada itu, SPRM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya akan membentangkan kertas kabinet usul pelantikan Ketua Pesuruhjaya agensi itu kepada jemaah menteri untuk dibincangkan serta kelulusan.

“Seterusnya, perkara itu akan diusulkan di Parlimen pada sidang yang terdekat sekiranya diluluskan oleh Jemaah Menteri.

“Kedua-dua cadangan ini merupakan peruntukan baharu dalam Perlembagaan Perse­ku­tu­an dan memerlukan soko­ngan dua pertiga Ahli Parlimen bagi membolehkan pindaan Perlembagaan Persekutuan dilaksanakan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN